Blogger Templates

assalamualaikum

i created this blog because i love writing, so stay tuned with my ridiculous page :)

Monday 30 January 2012

Kekurangan Air Boleh Tingkatkan Kadar Gula Dalam Tubuh?

   Jika kita hanya minum air kosong dua gelas sehari, kita berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar gula dalam darah tubuh badan kita.
 
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik French National Research Institute, Lise Bankir, individu yang kurang minum air kurang dari setengah liter setiap hari akan berisiko berhadapan dengan kenaikan paras gula dalam darah tubuh badan mereka.

Dan bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis pula, akan cenderung punyai masalah kegemukan dan cepat rasa lapar. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan mengamalkan minum air putih yang cukupnya setiap hari.


Minum air juga dapat mengawal nafsu lapar dan bantu tubuh badan kita untuk menghancurkan lemak dalam badan. Kajian juga ada menunjukkan dengan minum air yang cukup, mampu bantu mengurangkan lemak.

Jika sebaliknya pula iaitu kurang minum air, boleh meningkatkan simpanan lemak dalam tubuh badan kita.

Tanpa air yang mencukupi, organ buah pinggang kita tak dapat berfungsi dengan sempurna. Bila fungsi buah pinggang berkurangan, organ hati kita terpaksa menanggung sebahagian fungsi buah pinggang dalam tubuh badan kita.

Sedangkan fungsi utama hati adalah untuk pastikan kelancaran metabolisma lemak simpanan dalam tubuh badan kita bagi menghasilkan tenaga.

Tapi jika hati tak dapat berfungsi sepenuhnya, lemak dalam tubuh badan kita tak dapat dimetabolismakan sepenuhnya dan kegemukan akan berlaku.

Jika tubuh badan kita mendapat air yang secukupnya:
  • Fungsi kelenjar endokrin akan bertambah baik
  • “Fluid retention” atau sembab akan berkurangan
  • Lemak akan lebih banyak digunakan sebagai bahan pembakar kerana hati bebas untuk memetabolismakan simpanan lemak dalam tubuh badan kita
  • Rasa lapar juga akan berkurangan
Jadi berapa banyak air yang perlu kita minum untuk pastikan tubuh badan kita dapat air yang secukupnya?
Kita disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Dan jumlah ini hanyalah minimum dan untuk mereka yang punyai berat badan yang optimal.

Bagi mereka yang punyai berat badan yang berlebihan pula, jumlah ini perlu di tambah. Kita perlu tambah 1 gelas lagi untuk setiap 12 kg berat tambahan.

Cadangan waktu untuk kita minum air ialah seperti berikut:
  • 4 gelas air di waktu pagi
  • 4 gelas air di waktu tengahari
  • 4 gelas air di antara jam 5 – 6 petang
Cara minum air yang betul
Kita tak boleh terus minum air dengan sekaligus kerana ianya hanya akan keluar terus sebagai air kencing. Dan ini tak dapat dimanfaatkan oleh organ dalaman tubuh badan kita yang sangat memerlukannya.

Motivation is the part of my life.

          "aku tak boleh hidup tanpa motivasi kerana ia merupakan sebahagian dari hidupku"

 

 

The way to release tension and sadness.

 Setiap orang ada cara tersendiri untuk release tension and so do i. Maybe korang rasa cara aku lepaskan tension ni agak pelik tapi itu lah cara aku. Kalu time aku stress or tension, aku akan duduk di satu tempat yang tak ada orang akan nampak aku then aku akan pasang lagu guna earphone. Tapi aku dengar lagu slow lar lepas itu aku akan mula fikirkan balik apa yang buat aku jadi tension. Same goes to sadness, yang bezanya aku akan mula fikirkan balik tentang perkara yang dah lepas atau perkara negatif, then aku akan menangis gila-gila punya.

   After that,aku akan jadi ok balik sebab aku dah lepaskan aku punya problem dengan menangis. Well, aku memang sensitif orangnya sebenar tapi kalau depan orang aku lebih selesa tunjukkan aku nie tough*konon je lar* . Aku lebih suka pendam perasaan sebab aku tak reti nak berkomunikasi secara melebih dengan outsider or even dengan family sendiri. Kalu dengan family, kantoi ler aku..hehe

p/s: aku seorang pendengar yang baik <3

Wednesday 25 January 2012

tanda-tanda kiamat yang telah terjadi


Harus diingat, kita sudah pun terdedah kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1.)Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3)Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
Contohnya macam sekarang lar,kalu terserempak dengan orang yang dikenali bukannya nak bagi salam tapi dok mengumpat sambil jeling2 tajam..apa kehal macam tue?.

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.
                                                                                                                                             
                                                                                                                                             

mencari keredhaan Allah s.w.t

  Entah lah..Hari ini hati aku sentiasa gelisah dan bercampur-baur dari aku bangun tidur pagi tadi hinggalah sekarang. Aku pun tak tau kenapa, perasaan  itu bukan semakin berkurang malah makin bertambah-tambah, nak-nak lagi bila dengar Madame cakap macam itu.(Madame ialah lecturer math aku dan dia merupakan insan istimewa sebab dia mempunyai 6 sense)..Dia cakap bahawa ramai manusia berpendapat bahawa yakjuj dan makjuj masih belum muncul tapi sedangkan mereka sudah muncul sejak era pemerintahan Alexander The Great..Cuma mereka masih belum memunculkan diri mereka jer lagi..

Menurut sumber lagi, mereka merupakan tentera berkuda yang mempunyai tanduk dan akan membunuh umat islam dengan kejam serta akan meminum darah mangsanya..Turut dipercayai bahawa ajaran mereka sudah tersebar luas malah terdapat golongan tertentu yang mengamalkannya.Selain itu, berita turut melaporkan bahawa terdapat puting beliung berlaku di angkasa yang akan memberi kesan kepada bumi.


   Bila aku mendengar semua itu ,perasaan aku jadi kecut malah tubuh aku mengigil-gigil. Aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi semua itu lagi sebab amalan aku masih tidak mencukupi untuk hari kiamat.Bahkan,aku rasa segala amalan yang aku lakukan selama ini umpama sebutir pasir saja..Aku takut aku tidak sempat mengumpul amalan –amalan yang diperintahkan Allah S.W.T .

Friday 20 January 2012

Susah assignment melambak nie..

   Tension aku...assignment banyak,kalah perdana menteri tau...Sekarang aku cuti 5 hari tapi like always ler..mana bisa sih aku buat kerja kalu kat umah...Nie,buku-buku ,laptop bagai semua nie aku tak pandang dah kalu duduk kat rumah...Yang pasti asyik nak berjalan jer kerjanya...

Tapi masalah ler kalu aku tak sentuh kerja aku coz dateline semuanya after holiday..Sesak nafas dibuatnya terutama MGT punya kerja...Tak tau nak search apa...adoyai...apa malang nasib aku..
tak kira lah, jap lagi nak pergi SMO beli buku lepas tue nak siapkan half dulu keja aku for today...sambil-sambil tu nak habiskan baucer buku aku jugak nie...Fyi,aku ada 3 keping lagi baucer...boleh ler sakan membeli nati boleh selitkan sekali novel 2,3 buah..hehe