Blogger Templates

assalamualaikum

i created this blog because i love writing, so stay tuned with my ridiculous page :)

Thursday, 17 May 2012

When love is if


if you're gonna love me, love me deeply
if you're gonna break my heart, break it all
if you're gonna care, care for me completely
if you decide to not hold me, just let me fall
if you're gonna stay, stay forever
and if you want to leave, leave it today
if you're gonna change, change for the better
if you're gonna talk, mean what you say

Friday, 11 May 2012

Facial Cleanser

Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai produk pencuci muka yang aku pakai. Motif?. Aku saja nak kongsi sedikit maklumat mengenai produk ini. Produk ni aku  pakai dalam 2-3 bulan dan hasilnya sangat memberangsangkan.

Selama ini aku menghadapi masalah dalam mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka aku. Ini kerana kulit muka aku jenis yang berminyak. So, everytime aku kena cuci muka supaya kulit aku kekal kering.

one day, aku diperkenalkan dengan produk Cosmoderm. Produk ini 100% daripada alam semulajadi. Aku decided untuk mencuba,mana lah tahu mungkin berkesan. Jadi aku membeli satu set pencuci muka cosmoderm and of course aku memilih yang jenis kulit berminyak.

Meh aku preview sikit pasal produk nie. Preview ni berdasarkan pengalaman aku lah yer. Oki Cosmoderm ni produk buatan Malaysia. Tapi kan aku rasa produk ni ada potensi untuk menembusi pasaran global.








Set tree tea nie memang khas untuk kulit yang bermasalah dan sensitif.  Dari cleanser, toner ,moisturizer and bla bla bla.. Semuanya ada. Apa-apa pun kalau nak pakai pencuci muka memang elok pakai 1 set kan. Tetapi itu terpulang atas individu lah. Kalau aku, memang aku pakai 1 set.
Aku nak highlight kan kat sini mengenai 1 set pencuci muka ini.


1) TEA TREE OIL FACIAL CLEANSER WITH VITAMIN E

Function cleanser untuk membersihkan muka secara mendalam dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Tak caya boleh cuba. Hehe.




2) TEA TREE OIL CLARIFYING TONING LOTION

Yang ini toner. Toner ni dapat melegakan kulit yang terengsa dan radang secara berkesan. Sel-sel mati juga dapat dikelupaskan untuk mendapatkan kulit yang lebih jernih halus dan sihat. Toner ini juga dapat membantu mengecilkan liang pori @ roma sebelum pembentukkan minyak.
Korang akan rasa pedih sikit bila mula-mula pakai because dia nak neutralize dulu dengan kulit anda. Jangan risau lah kalu terasa pedih tu. :)



3) TEA TREE OIL DAY/NIGHT MOISTURIZER

Ha'ah! Yang ini pulak moisturizer 2 in 1. Bila korang apply kat muka, tak terasa melekit malah kulit muka nampak lebih gebu. Memang best lah bila pakai ni. Rasa sejuk jer kulit muka tau.



4) MAGIC EXFOLIATING GEL

Kelebihan gel ini ialah untuk pengelupasan atau membuang sel-sel mati kat muka kita nie.Pakai hanya 2 kali seminggu dan hasilnya kulit akan terasa ringan dan lembut. Pori-pori juga akan turut mengecut.

Produk ini boleh didapati di guardian, watson atau mana2 farmasi lah. Harga pun berbaloi. Kalau terasa nak mencuba, amat lah dialu-alukan. Tapi tengok atas kulit korang dulu, sesuai ker tak.

Sunday, 29 April 2012

Muka hadapan belog aku



 First korang singgah kat belog aku, mesti korang cakap "simple siot belog nie". For your information, aku nie boleh dikira newbies dalam dunia belog dan aku just nak bercerita sahaja dalam belog aku. Aku tak mahu semak kan belog aku buat masa sekarang dengan gadget-gadget menarik yang ditawarkan untuk blogger.

Bukan untuk selamanya, tetapi buat masa sekarang biarlah page belog aku sesimple nie. InsyaAllah aku akan upgrade kan aku punya mutu belog tetapi bukan untuk masa terdekat ini. Ohya, follower aku mmg tak ada sebab aku x hebahkan link belog aku. Hehe.

P/s : Ini merupakan first time aku publish link aku, so harap kamu semua enjoy lah..

Syukur ke hadrat ilahi

Pada tarikh 27 April 2012, UiTM mengumumkan bahawa keputusan peperiksaan bagi student diploma boleh dilihat menerusi e-mail ataupun melalui student portal. Sebaik sahaja aku men-klik pada e-mail aku untuk melihat keputusan aku. Aku tergamam.................
 
Pertama, aku ingin mengucapkan betapa bersyukurnya aku kepada sang maha pencipta kerana telah memakbulkan doa-doa aku. Tidak lupa juga kepada keluarga yang banyak bagi dorongan serta rakan-rakan yang tidak putus-putus beri semangat. Thank you everybody!

Berkat usaha aku yang tak seberapa ketika di awal sem dahulu akhirnya membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila aku mendapat tahu GPA aku ialah 3.12. Walaupun target aku untuk mendapat dekan tidak tercapai. At least aku dapat angka 3..hehe

Apa-apa pun, aku bersyukur aku lulus semua subjek. Nasib baik tak ada yang kena repeat. Kalu tak, masak aku. hehe. Next sem aku kan pastikan aku akan dapat dekan. Itu target aku. Tak mau dah main-main. Nak fokus saja pada study. InsyaAllah.

Wednesday, 25 April 2012

Focus on your life

Life is short and temporary. Don’t waste it with your stress just because you can’t get what you want. Love and appreciate what you have.





Stop looking for a partner. Focus on your goals and rebuilding your life. The right person will eventually find their way to you.

Monday, 23 April 2012

Our lovely cat Chiko

Haa. Hari tu aku ada promise nak citer pasal kucing aku yang lagi seekor tue kan?. So, meh aku nak habaq kat cheq semua.

Nama dia Chiko, dia nie kucing jantan. Nak jaga si Chiko ni tak sesusah nak jaga si bella sebab Chiko nie tak banyak mengiaww macam si bella nie. Dai mengiaww time dia nak melepas hajat atau lapar ajer. See, senang kan nak jaga chiko nie.

Time mula-mula bella sampai, chiko buat hal sebab dia tak biasa dengan kehadiran kucing lain. Ye la selama ni dia sekor jer kat rumah. Nie alih-alih tambah lagi sekor, mana tak angin dia. Pantang jumpa bella, asyik nak marah jer..

After a week, nampaknya chiko dah boleh terima kehadiran bella. Aku ada lepas dorang dekat tempat permainan dorang*baru bina* and chiko boleh dah bergurau manja dengan bella. Fuhh! lepas satu masalah. 


                                                            *abaikan pinggan tue*

Haa. Itu la chiko aku. Comel x?hikshiks :)

Lagi satu,aku nie suka snap gambar chiko time dia tengah tido sebab gaya dia tido sangat cutee!! hehe
tak mau cakap banyak, meh aku tunjuk kat korang pics chiko.



                                      *time nie dia pegi tido dlm bekas pasir dia,siap tarik tuala buat bantal*



                                                                      *dasyatnya tido*



                                                             *Gambar curi time tido*



                                                                 Layan perasaan jap lah
                                                


                                                                  *comell tak ai??*


                                                              *gaya tidur yang comel*









Haah. Sudah sudah ler nengok gambar chiko tengah tido, tak baik tau. hehe  Peace no war baby!

Welcome home Bella

Hari ini rumah aku ada menerima ahli keluarga yang baru. Namanya Bella dan usianya lingkungan 3 bulan. Haah! dia sangat cute tau dengan matanya yang berwarna biru pastel. Bella nie aktif sangat sampai aku tak larat nak menjaganya. Pantang didekati terus jer lari.

Tapi keletah dia sangat mencuit hati kami sekeluarga. Jangan tak tau, Bella nie sangat manja dengan kami even dia baru jer sampai dekat rumah. Tak kekok langsung.

Ohya.Bella nie breed dia brunece mix persian dan dia punya kaler white chocolate. Of course ler mommy dia sooooo cute. Tengok anak ler dulu. hehe. Tapi mommy bella kami tak boleh adopt sebab tuan dia cayang and xkasi mommy bella. Poor bella.

Eh? aku tak ada cerita ker yang aku juga ada mempunyai seekor lagi kucing???

Alamak! tetinggal pulak rupanyan. Haa. Kalau nak tau pasal kucing aku yang satu lagi. Tunggu entri seterusnya oki. :)

Debaran result

                              'COMING SOON'----->RESULT

Haihh?! Sebut jer pasal result. Ketar kepala lutut deng nie. Nak cakap hebat tak hebatnya penangan result sampai boleh buat orang tidur tak kenyang, makan tak basah, mandi tak lena tau..*aku ler tue*
Dah lah debaran time exam dulu pun x lepas-lepas lagi. Still frustrated dengan math tau. Kalau lah boleh diundurkan masa, memang aku nak jawab balik soklan-soklan math tue semula. Tapi semua itu hanyalah "KALAU".

So, sekarang aku hanya banyak-banyak bertawakal kepada Allah semoga result aku baik. Setiap kali aku berdoa aku tak lupa selitkan agar keputusan peperiksaan aku bagus. Hasrat nak dapat dekan sem nie x kesampaian nampaknya tapi tak per lah aku akan cuba pada sem depan. 

Tuesday, 3 April 2012

Attention!

        Perhatian kepada sesiapa yang membaca blog aku nie..Aku nak habaq sikit yang aku mungkin x akan  update blog nie untuk seminggu dua sebab aku nak mengemaskini balik aku punya blog..
Hopefully korang sabar untuk menanti kemunculan blog aku yang berwajah baru..Hehe...

Saturday, 25 February 2012

Sweet Nineteen


Happy birthday to me,
Happy birthday to me,
Happy birthday to Izzatie,
Happy birthday to me.

Sekarang saya dah berumur 19 tahun.
Rasa macam dah dewasa gitu <3
Next year saya akan berumur 20 tahun.
Oh my god!



First of all,
Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih membenarkan saya bernafas selama 19 tahun di bumi ciptaannya.
Thanks for my parents sebab bagi saya peluang untuk melihat bumi Allah ini.

Rasa masa berlalu dengan pantas.
Teringat lagi time-time kecil dulu ataupun time sekolah.
Terasa macam semalam jer saya dok main masak-masak dengan kawan(s) saya.

Now.
Saya berjaya melangkah ke menara gading, impian saya sejak kecil.
Akan saya usahakan sedaya upaya saya untuk mengenggam segulung ijazah.
Itu janji saya.


Thursday, 23 February 2012

Belum birthday pun dah dapat hadiah.


Hehe..
Birthday pun tak sambut lagi, tapi dah dapat hadiah. :)

Jangan jeles ya!
Oki, first present umi saya yang bagi. Umi saya hadiahkan saya sebuah handphone baru, memang syok habis ler saya nie coz saya memang nak dari dulu lagi handphone touch screen.

Dari dulu saya memang setia pakai handphone yang ada button tapi sekarang nak tukar selera coz saya dah jatuh hati pada handphone touch screen samsung galaxy mini.

And guess what, I got what I want. Happy for me!.

secondly, classmate saya belanja saya makan tengah hari. Apa lagi, bantai kfc set lunch ler..hehe.
Thanks to my friend,Akmal sebab dah belanja saya makan. Sayang awk! :)

Saya nie senang jer orangnya. Saya tak mengharap orang lain buat party untuk saya. Cukup lah sekadar wish selamat kat saya and of course yang nie wajib, HADIAH!.

Hadiah memang wajib bagi, sebab saya gila hadiah.. X sambut birthday xper as long as ada hadiah saya.. Tapi, saya tak pernah lagi terima hadiah 'bear' tau. 

Sedih tau sebab saya betul-betul-betul *banyak kali betul daa.. nak somebody hadiahkan saya "bear" tau.
Tak nak beli sendiri. Nak orang lain belikan juga. Klau dapat dari someone special pun best gak tapi saya tak de someone special.

So, please buy me "bear" oki.. :)
 

Two more days.

As you know,  I have only two more days left before I'll totally become a nineteen years old girl.
 Yeay! 
I am totally happy and praise to Allah because I'm still alive after 19th years livimg in this world. I am glad that when I woke up in the morning, I still can see His beautiful's creation.

However, menjadi 19th bukan semudah yang disangka. Kerana, pada usia 19 tahun ini lah cabaran demi cabaran akan datang menimpa kita.

Disini saya akan dapat lihat kemajuan serta kekurangan diri yang ada pada saya. Dari cara saya akan tangani sesuatu masalah or sewaktu dengannya.

Lagipun, ini merupakan tahun terakhir saya menjadi remaja yang mempunyai angka SATU pada umur.
Selepas ini, saya akan jadi Tua..hehe

Well, I can see that 19th will became my tough age ever.. :)



Halal relationship



 If you really like somebody.
 And if you're serious about being with them FOREVER..

Don't date secretly.
It will only lead to zina ( fornication).

Dont keep it from your parents.
As Muslims we should follow the sunnah of our beloved prophet.
And make it HALAL with marriage.

That way, a person saves themselves from sinning and their heart is put at ease.




Tuesday, 21 February 2012

Greeting again

    Hello..

Dah lama rasanya saya tak menulis kat blog nie. Nak sentuh broadband pun xsempat. Macam mana nak buat, sebagai student, masa amat jeles dengan saya. Disebabkan final exam semakin dekat, semua lecturer dok kalut nak habiskan sylibus, test and so on. Disamping itu saya pun sibuk mengulangkaji semua subjek yang telah diajar oleh lecturer.

   Now, saya ada satu lagi masalah. Masalah nak cari rumah sewa. Tension rasanya sebab kebanyakkan rumah sudah di "chop" oleh student lain. Yang ada, semua jauh dari kampus. Agak menyusahkan jugak ler.. However, susah tak susah saya still tak dapat nak cari lagi.*menchik i
 
 
 

Sunday, 12 February 2012

shut up!


  Aku hairan, kenapa lah yer manusia nie suka tokok-tambah cerita. Tak boleh ker kalau cakap cerita yang betul. The truth story. Kenapa nak gempak-gempak kan cerita yang biasa-biasa jer. Giler glamour ke apa.




    Korang tahu tak yang korang nak hangat kan cerita yang sedia basi boleh bikin fitnah kepada orang yang berkenaan. Korang boleh rosakkan hidup mereka hanya dengan cerita fitnah yang korang saja nak bikin hot. Betul lah pepatah ini bahawa “lidah itu lebih tajam dari pedang” 



  Cuba bayangkan yang difitnah itu ahli keluarga kamu, apa yang kamu rasa?. Mesti sakit hati kan. Sama lah dengan orang lain. Berfikir sebelum berkata-kata itu lebih baik. Kalu percakapan kita itu hanya mengundang fitnah, baik duduk diam and tutup mulut!.


Friday, 10 February 2012

Tetiba rasa nak kahwin...

   Tengok tajuk pun dah menampakkan kegatalan aku yer..hehe. Bak pepatah orang tua, normal ler perempuan terfikir nak kahwin time-time nak meningkat dewasa nie, orang kata nafsu sedang meningkat naik Tett!!! korang jangan nak berfikir pelik yer. Nafsu yang aku maksudkan kat sini ialah nafsu nak bercinta, nafsu nak merasai kehadiran seseorang yang istimewa dihati
.


  Entah mental apa aku nie tetiba terfikir nak berkahwin pulak, calon suami pun tak ada lagi ada hati nak kahwin. :) Sebab aku rasa kalau kahwin pun best jugak,selain dari nak tunjukkan kasih sayang kita pada si dia at least dia halal buat kita.

    Tak seperti sesetengah couple sekarang, time bercinta bagai nak rak, kalu dah kahwin semuanya dah jadi hambar. Sebab apa? yela dah time bercinta nak tunjuk semua apa yang kita ada or apa yang kita rasa. Apa lagi yang tinggal untuk diberi masa dah berkahwin.

Sebab itu lah, masa bercinta jangan expressing ur love tue secara melebih-lebih. Ikut macam aku nie, yang nak bercinta sakan bagai nak rak hanya selepas si dia jadi suami aku. Tengok, betapa beruntungnya future husband i nie kan dapat wife macam nie..hahaha *masuk bakul angkat sendiri





p/s : i will love you until death separated us my future husband..*calon xda lagi yer.. 
 

Sweet memories with my BGF..really miss them...

   Fuh, finally dapat jugak aku masuk line internet. Siyes kat sini lembab giler dorang punya coverage. Tadi aku dok lepak jap sambil baca novel then, hp aku berbunyi. Tanda ada sms masuk ler tue.. Rupanya kawan aku yang sent sms. Suddenly, aku rasa rindu siot kat dorang.. Waaa! tak sabarnya nak jumpa diorang..



she is the funniest one :)

haa..minah nie merupakan bff aku, antara kitorang bertiga. Dia lah yang agak giler-giler sikit..However, without her, tak meriah hidup.

dia ni "mak" kitaorang :)


haha. kawan aku yang sorang nie memang suka sangat membebel and dia jugak maybe yang paling mature sikit perangai..

Aku respect dengan mereka dalam bab study. Bila kitorang start study, memang focus on what we were studied lar. Korang, aku rindu nak study dengan korang. Kat sini tak best coz dorang asyik nak main-main jer, dah tu harapkan aku jer untuk selesaikan keja yang tak sudah..


Apa-apa pun, aku rindu korang ketat-ketat <3<3

Thursday, 9 February 2012

Finally i can breathe a relief.

Hello, welcome back!

   After finished presenting all my assignments this week, i can take a rest for awhile before starting to learned again. This week, i feel more comfortable than other weeks because all my assignments have being submit to my lecturer.

 


Aku dah jadi mereng jap


     Now, i had time to check all my messages in facebook and also i had time to wrote in my blog after a few weeks didn't open it.

  I had a lots of interesting story to be shared with you all but don't worry, i will tell you at the next time okay.

Hate to be here

Moshi-moshi :)

Sit alone in my room make me remind my friends at KD10. It will be better if i can further my study over there and being together with them. The truth is, i was really frustrated when i knew i got to further my study at UiTM Machang. I was hoping that i'll get to further study maybe at Shah Alam or at least not in kelantan. I hate the environment over here and of course their student too..*sarcasm right?.They are so closed-minded and i can't bear with them.

     Also, i'm tired to take a good care of their feeling while they absolutely didn't care of my feeling. What would you do if you are in my position? They were always hurting my feeling and maybe they thought that i'm such a nerd person. Well excuse me, you got the wrong person if you thinks that i'm such a soft-hearted person. I can debate with you in anytime if i want but thinking that i will be such an idiot person if i acting like you all. However, I'm a matured person and of course i'm not going to act like a stupid arrogant person like you.

  Sorry to say, i just only want to expressing my frustrated feeling toward this matter. In fact what i said is the true fact.

Monday, 30 January 2012

Kekurangan Air Boleh Tingkatkan Kadar Gula Dalam Tubuh?

   Jika kita hanya minum air kosong dua gelas sehari, kita berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar gula dalam darah tubuh badan kita.
 
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik French National Research Institute, Lise Bankir, individu yang kurang minum air kurang dari setengah liter setiap hari akan berisiko berhadapan dengan kenaikan paras gula dalam darah tubuh badan mereka.

Dan bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis pula, akan cenderung punyai masalah kegemukan dan cepat rasa lapar. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan mengamalkan minum air putih yang cukupnya setiap hari.


Minum air juga dapat mengawal nafsu lapar dan bantu tubuh badan kita untuk menghancurkan lemak dalam badan. Kajian juga ada menunjukkan dengan minum air yang cukup, mampu bantu mengurangkan lemak.

Jika sebaliknya pula iaitu kurang minum air, boleh meningkatkan simpanan lemak dalam tubuh badan kita.

Tanpa air yang mencukupi, organ buah pinggang kita tak dapat berfungsi dengan sempurna. Bila fungsi buah pinggang berkurangan, organ hati kita terpaksa menanggung sebahagian fungsi buah pinggang dalam tubuh badan kita.

Sedangkan fungsi utama hati adalah untuk pastikan kelancaran metabolisma lemak simpanan dalam tubuh badan kita bagi menghasilkan tenaga.

Tapi jika hati tak dapat berfungsi sepenuhnya, lemak dalam tubuh badan kita tak dapat dimetabolismakan sepenuhnya dan kegemukan akan berlaku.

Jika tubuh badan kita mendapat air yang secukupnya:
  • Fungsi kelenjar endokrin akan bertambah baik
  • “Fluid retention” atau sembab akan berkurangan
  • Lemak akan lebih banyak digunakan sebagai bahan pembakar kerana hati bebas untuk memetabolismakan simpanan lemak dalam tubuh badan kita
  • Rasa lapar juga akan berkurangan
Jadi berapa banyak air yang perlu kita minum untuk pastikan tubuh badan kita dapat air yang secukupnya?
Kita disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Dan jumlah ini hanyalah minimum dan untuk mereka yang punyai berat badan yang optimal.

Bagi mereka yang punyai berat badan yang berlebihan pula, jumlah ini perlu di tambah. Kita perlu tambah 1 gelas lagi untuk setiap 12 kg berat tambahan.

Cadangan waktu untuk kita minum air ialah seperti berikut:
  • 4 gelas air di waktu pagi
  • 4 gelas air di waktu tengahari
  • 4 gelas air di antara jam 5 – 6 petang
Cara minum air yang betul
Kita tak boleh terus minum air dengan sekaligus kerana ianya hanya akan keluar terus sebagai air kencing. Dan ini tak dapat dimanfaatkan oleh organ dalaman tubuh badan kita yang sangat memerlukannya.

Motivation is the part of my life.

          "aku tak boleh hidup tanpa motivasi kerana ia merupakan sebahagian dari hidupku"

 

 

The way to release tension and sadness.

 Setiap orang ada cara tersendiri untuk release tension and so do i. Maybe korang rasa cara aku lepaskan tension ni agak pelik tapi itu lah cara aku. Kalu time aku stress or tension, aku akan duduk di satu tempat yang tak ada orang akan nampak aku then aku akan pasang lagu guna earphone. Tapi aku dengar lagu slow lar lepas itu aku akan mula fikirkan balik apa yang buat aku jadi tension. Same goes to sadness, yang bezanya aku akan mula fikirkan balik tentang perkara yang dah lepas atau perkara negatif, then aku akan menangis gila-gila punya.

   After that,aku akan jadi ok balik sebab aku dah lepaskan aku punya problem dengan menangis. Well, aku memang sensitif orangnya sebenar tapi kalau depan orang aku lebih selesa tunjukkan aku nie tough*konon je lar* . Aku lebih suka pendam perasaan sebab aku tak reti nak berkomunikasi secara melebih dengan outsider or even dengan family sendiri. Kalu dengan family, kantoi ler aku..hehe

p/s: aku seorang pendengar yang baik <3

Wednesday, 25 January 2012

tanda-tanda kiamat yang telah terjadi


Harus diingat, kita sudah pun terdedah kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.

1.)Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

3)Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
Contohnya macam sekarang lar,kalu terserempak dengan orang yang dikenali bukannya nak bagi salam tapi dok mengumpat sambil jeling2 tajam..apa kehal macam tue?.

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad

 13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim

14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai

15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)

Keterangan:
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.