Hari ini aku nak bercerita sedikit mengenai produk pencuci muka yang aku pakai. Motif?. Aku saja nak kongsi sedikit maklumat mengenai produk ini. Produk ni aku pakai dalam 2-3 bulan dan hasilnya sangat memberangsangkan.
Selama ini aku menghadapi masalah dalam mencari pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka aku. Ini kerana kulit muka aku jenis yang berminyak. So, everytime aku kena cuci muka supaya kulit aku kekal kering.
one day, aku diperkenalkan dengan produk Cosmoderm. Produk ini 100% daripada alam semulajadi. Aku decided untuk mencuba,mana lah tahu mungkin berkesan. Jadi aku membeli satu set pencuci muka cosmoderm and of course aku memilih yang jenis kulit berminyak.
Meh aku preview sikit pasal produk nie. Preview ni berdasarkan pengalaman aku lah yer. Oki Cosmoderm ni produk buatan Malaysia. Tapi kan aku rasa produk ni ada potensi untuk menembusi pasaran global.
Set tree tea nie memang khas untuk kulit yang bermasalah dan sensitif. Dari cleanser, toner ,moisturizer and bla bla bla.. Semuanya ada. Apa-apa pun kalau nak pakai pencuci muka memang elok pakai 1 set kan. Tetapi itu terpulang atas individu lah. Kalau aku, memang aku pakai 1 set.
Aku nak highlight kan kat sini mengenai 1 set pencuci muka ini.
1) TEA TREE OIL FACIAL CLEANSER WITH VITAMIN E
Function cleanser untuk membersihkan muka secara mendalam dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan. Tak caya boleh cuba. Hehe.
2) TEA TREE OIL CLARIFYING TONING LOTION
Yang ini toner. Toner ni dapat melegakan kulit yang terengsa dan radang secara berkesan. Sel-sel mati juga dapat dikelupaskan untuk mendapatkan kulit yang lebih jernih halus dan sihat. Toner ini juga dapat membantu mengecilkan liang pori @ roma sebelum pembentukkan minyak.
Korang akan rasa pedih sikit bila mula-mula pakai because dia nak neutralize dulu dengan kulit anda. Jangan risau lah kalu terasa pedih tu. :)
3) TEA TREE OIL DAY/NIGHT MOISTURIZER
Ha'ah! Yang ini pulak moisturizer 2 in 1. Bila korang apply kat muka, tak terasa melekit malah kulit muka nampak lebih gebu. Memang best lah bila pakai ni. Rasa sejuk jer kulit muka tau.
4) MAGIC EXFOLIATING GEL
Kelebihan gel ini ialah untuk pengelupasan atau membuang sel-sel mati kat muka kita nie.Pakai hanya 2 kali seminggu dan hasilnya kulit akan terasa ringan dan lembut. Pori-pori juga akan turut mengecut.
Produk ini boleh didapati di guardian, watson atau mana2 farmasi lah. Harga pun berbaloi. Kalau terasa nak mencuba, amat lah dialu-alukan. Tapi tengok atas kulit korang dulu, sesuai ker tak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kenal.dya follower sini iyer..jemput singgah my blog ya..cari produk cosmoderm..nmpk awk kat sini..hihihi
ReplyDeletehi... sy search ttg kebaikan tea tree oil... jumpa blog awak... baru tahu kebaikannya....
ReplyDelete