Blogger Templates

assalamualaikum

i created this blog because i love writing, so stay tuned with my ridiculous page :)

Wednesday, 25 January 2012

mencari keredhaan Allah s.w.t

  Entah lah..Hari ini hati aku sentiasa gelisah dan bercampur-baur dari aku bangun tidur pagi tadi hinggalah sekarang. Aku pun tak tau kenapa, perasaan  itu bukan semakin berkurang malah makin bertambah-tambah, nak-nak lagi bila dengar Madame cakap macam itu.(Madame ialah lecturer math aku dan dia merupakan insan istimewa sebab dia mempunyai 6 sense)..Dia cakap bahawa ramai manusia berpendapat bahawa yakjuj dan makjuj masih belum muncul tapi sedangkan mereka sudah muncul sejak era pemerintahan Alexander The Great..Cuma mereka masih belum memunculkan diri mereka jer lagi..

Menurut sumber lagi, mereka merupakan tentera berkuda yang mempunyai tanduk dan akan membunuh umat islam dengan kejam serta akan meminum darah mangsanya..Turut dipercayai bahawa ajaran mereka sudah tersebar luas malah terdapat golongan tertentu yang mengamalkannya.Selain itu, berita turut melaporkan bahawa terdapat puting beliung berlaku di angkasa yang akan memberi kesan kepada bumi.


   Bila aku mendengar semua itu ,perasaan aku jadi kecut malah tubuh aku mengigil-gigil. Aku tidak bersedia lagi untuk menghadapi semua itu lagi sebab amalan aku masih tidak mencukupi untuk hari kiamat.Bahkan,aku rasa segala amalan yang aku lakukan selama ini umpama sebutir pasir saja..Aku takut aku tidak sempat mengumpul amalan –amalan yang diperintahkan Allah S.W.T .

No comments:

Post a Comment