Blogger Templates

assalamualaikum

i created this blog because i love writing, so stay tuned with my ridiculous page :)

Tuesday, 21 February 2012

Greeting again

    Hello..

Dah lama rasanya saya tak menulis kat blog nie. Nak sentuh broadband pun xsempat. Macam mana nak buat, sebagai student, masa amat jeles dengan saya. Disebabkan final exam semakin dekat, semua lecturer dok kalut nak habiskan sylibus, test and so on. Disamping itu saya pun sibuk mengulangkaji semua subjek yang telah diajar oleh lecturer.

   Now, saya ada satu lagi masalah. Masalah nak cari rumah sewa. Tension rasanya sebab kebanyakkan rumah sudah di "chop" oleh student lain. Yang ada, semua jauh dari kampus. Agak menyusahkan jugak ler.. However, susah tak susah saya still tak dapat nak cari lagi.*menchik i
 
 
 

Sunday, 12 February 2012

shut up!


  Aku hairan, kenapa lah yer manusia nie suka tokok-tambah cerita. Tak boleh ker kalau cakap cerita yang betul. The truth story. Kenapa nak gempak-gempak kan cerita yang biasa-biasa jer. Giler glamour ke apa.




    Korang tahu tak yang korang nak hangat kan cerita yang sedia basi boleh bikin fitnah kepada orang yang berkenaan. Korang boleh rosakkan hidup mereka hanya dengan cerita fitnah yang korang saja nak bikin hot. Betul lah pepatah ini bahawa “lidah itu lebih tajam dari pedang” 



  Cuba bayangkan yang difitnah itu ahli keluarga kamu, apa yang kamu rasa?. Mesti sakit hati kan. Sama lah dengan orang lain. Berfikir sebelum berkata-kata itu lebih baik. Kalu percakapan kita itu hanya mengundang fitnah, baik duduk diam and tutup mulut!.


Friday, 10 February 2012

Tetiba rasa nak kahwin...

   Tengok tajuk pun dah menampakkan kegatalan aku yer..hehe. Bak pepatah orang tua, normal ler perempuan terfikir nak kahwin time-time nak meningkat dewasa nie, orang kata nafsu sedang meningkat naik Tett!!! korang jangan nak berfikir pelik yer. Nafsu yang aku maksudkan kat sini ialah nafsu nak bercinta, nafsu nak merasai kehadiran seseorang yang istimewa dihati
.


  Entah mental apa aku nie tetiba terfikir nak berkahwin pulak, calon suami pun tak ada lagi ada hati nak kahwin. :) Sebab aku rasa kalau kahwin pun best jugak,selain dari nak tunjukkan kasih sayang kita pada si dia at least dia halal buat kita.

    Tak seperti sesetengah couple sekarang, time bercinta bagai nak rak, kalu dah kahwin semuanya dah jadi hambar. Sebab apa? yela dah time bercinta nak tunjuk semua apa yang kita ada or apa yang kita rasa. Apa lagi yang tinggal untuk diberi masa dah berkahwin.

Sebab itu lah, masa bercinta jangan expressing ur love tue secara melebih-lebih. Ikut macam aku nie, yang nak bercinta sakan bagai nak rak hanya selepas si dia jadi suami aku. Tengok, betapa beruntungnya future husband i nie kan dapat wife macam nie..hahaha *masuk bakul angkat sendiri





p/s : i will love you until death separated us my future husband..*calon xda lagi yer..