Blogger Templates

assalamualaikum

i created this blog because i love writing, so stay tuned with my ridiculous page :)

Monday 30 January 2012

Kekurangan Air Boleh Tingkatkan Kadar Gula Dalam Tubuh?

   Jika kita hanya minum air kosong dua gelas sehari, kita berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar gula dalam darah tubuh badan kita.
 
Melalui kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik French National Research Institute, Lise Bankir, individu yang kurang minum air kurang dari setengah liter setiap hari akan berisiko berhadapan dengan kenaikan paras gula dalam darah tubuh badan mereka.

Dan bagi mereka yang menghidap penyakit kencing manis pula, akan cenderung punyai masalah kegemukan dan cepat rasa lapar. Walau bagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dengan mengamalkan minum air putih yang cukupnya setiap hari.


Minum air juga dapat mengawal nafsu lapar dan bantu tubuh badan kita untuk menghancurkan lemak dalam badan. Kajian juga ada menunjukkan dengan minum air yang cukup, mampu bantu mengurangkan lemak.

Jika sebaliknya pula iaitu kurang minum air, boleh meningkatkan simpanan lemak dalam tubuh badan kita.

Tanpa air yang mencukupi, organ buah pinggang kita tak dapat berfungsi dengan sempurna. Bila fungsi buah pinggang berkurangan, organ hati kita terpaksa menanggung sebahagian fungsi buah pinggang dalam tubuh badan kita.

Sedangkan fungsi utama hati adalah untuk pastikan kelancaran metabolisma lemak simpanan dalam tubuh badan kita bagi menghasilkan tenaga.

Tapi jika hati tak dapat berfungsi sepenuhnya, lemak dalam tubuh badan kita tak dapat dimetabolismakan sepenuhnya dan kegemukan akan berlaku.

Jika tubuh badan kita mendapat air yang secukupnya:
  • Fungsi kelenjar endokrin akan bertambah baik
  • “Fluid retention” atau sembab akan berkurangan
  • Lemak akan lebih banyak digunakan sebagai bahan pembakar kerana hati bebas untuk memetabolismakan simpanan lemak dalam tubuh badan kita
  • Rasa lapar juga akan berkurangan
Jadi berapa banyak air yang perlu kita minum untuk pastikan tubuh badan kita dapat air yang secukupnya?
Kita disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Dan jumlah ini hanyalah minimum dan untuk mereka yang punyai berat badan yang optimal.

Bagi mereka yang punyai berat badan yang berlebihan pula, jumlah ini perlu di tambah. Kita perlu tambah 1 gelas lagi untuk setiap 12 kg berat tambahan.

Cadangan waktu untuk kita minum air ialah seperti berikut:
  • 4 gelas air di waktu pagi
  • 4 gelas air di waktu tengahari
  • 4 gelas air di antara jam 5 – 6 petang
Cara minum air yang betul
Kita tak boleh terus minum air dengan sekaligus kerana ianya hanya akan keluar terus sebagai air kencing. Dan ini tak dapat dimanfaatkan oleh organ dalaman tubuh badan kita yang sangat memerlukannya.

No comments:

Post a Comment